Wow! 27 Tempat-tempat menarik di Perak

Negeri Perak sudah pastinya merupakan salah sebuah negeri yang kaya dengan budaya, makanan, dan tarikannya yang tersendiri yang menjadi identiti bagi negeri tersebut.

Malah jika anda berminat untuk meneroka bumi Perak ini, pastinya kami boleh menghidangkan kepada anda senarai tempat-tempat yang menyeronokkan.

Dari tempat bersejarah sehingga ke bumi pencinta alam, malah tarikan taman tema dan tempat rekreasi juga boleh anda dapati di tempat ini. Oleh itu, sekiranya anda merupakan salah seorang dari pelancong yang ingin tahu apakah tempat-tempat permata di negeri ini, teruskanlah penerokaan anda di sini.

 

Tempat-tempat bersejarah

1. Muzium Perak

Muzium PerakRajah 1 Sumber Jabatan Muzium Malaysia

Gambaran: Muzium ini merupakan muzium yang pertama dan tertua dibina di Malaysia.

Mahupun dari segi sejarah, alam semula jadi, arkeologi, etnologi, etamobologi, juga koleksi nadir, kesemuanya terdapat di sini.

Seni bina bangunan ini juga unik dan mempunyai seni bina yang tersendiri hasil gabungan masyarakat ‘neo-classical’ dan ‘Victorian’ di Eropah, dan masyarakat ‘moor’ di India.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00 a.m. – 6.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM2.00), Kanak-kanak bawah 12 tahun (Percuma)
Lokasi: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

 

2. Galeri Sutan Azlan Shah

Galeri Sutan Azlan ShahRajah 2 Sumber Tourism Perak

Gambaran: Galeri ini dikatakan setaraf dengan galeri-galeri di luar negara kerana keunikan kandungannya yang merakam kisah hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dari usia muda baginda sehinggalah ke zaman pentadbiran baginda.

Malah, galeri ini megah dan agung seperti Sultan Azlan Shah sendiri. Setiap hasil seni bina yang dicipta masih terus kekal guguh berdiri walaupun telah seabad dibina.

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis(10.00 a.m. – 5.00 p.m.) , Jumaat (10.00 a.m. – 12.15 p.m. and 2.45 p.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran: Percuma
Lokasi: 33000 Kuala Kangsar, Perak.

 

3. Istana Kellie (Kellie’s Castle)

.Istana Kellie (Kellie’s Castle)Rajah 3 Sumber Atuk

Gambaran:

Bangunan berusia seabad lebih ini merupakah sebuah bangunan yang tidak sempat disiapkan namun disebabkan oleh seni binanya yang unik dan kukuh, ianya masih terus berdiri dan menjadi kebanggaan warga Perak terutamanya Batu Gajah.

Reka bentuk yang dikatakan seiras reka bentuk istana Moghul di India ini telah menjadikan lokasi ini bukan sahaja sebagai tarikan pelancong malah sebagai lokasi penggambaran drama dan filem tempatan dan antarabangsa.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00 a.m. – 6.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM5.00) , Kanak-kanak (RM3.00) , Warga Emas (RM4.00)
Lokasi: 31000 Batu Gajah, Perak.

4. Muzium Arkeologi Lenggong

Muzium Arkeologi LenggongRajah 4 Sumber syokbaca.blogspot.com

Gambaran:

Muzium ini menempatkan pelbagai artifak-artifak sejarah tamadun awal manusia prasejarah di bumi Malaysia ini.

Salah satu bukti tinggalan sejarah tamadun manusia yang terkenal ialah “Perak Man” yang telah ditemui di Gua Gunung Runtuh. Malah, UN-ESCO telah mengiktiraf dan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 953 tapak warisan dunia yang dipelihara.

Waktu Operasi: Isnin-Khamis, Sabtu, Ahad (9.00 a.m. – 5.00 p.m.) , Jumaat (9.00 a.m. – 12.00 p.m.) & (3.00 p.m. -5.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, Perak, 33400 Lenggong.

 

5. Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir SalakRajah 5 Sumber Khir Khalid

Gambaran:

Tempat ini bukan sahaja sebagai satu kompleks kunjungan, malah tempat ini juga didedikasikan kepada pahlawan-pahlawan Melayu yang telah berjuang untuk bumi Malaya.

Sejajar dengan matlamat Tan Seri Ramli Ngah Talib, tempat ini dipenuhi dengan kesan-kesan sejarah serta kronologi sejarah peristiwa Pasir Salak.

Ianya juga dibangunkan secara strategik kerana berhampiran dengan beberapa kemudahan seperti Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, dan tiga buah rumah kutai.

Masa Operasi: Sabtu – Khamis (9.30 a.m. – 1.00 p.m.)(2.00 p.m. – 5.00 p.m.)
Jumaat (9.30 a.m. – 11.30 a.m.) (2.43 p.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM4.00), Kanak-kanak(RM2.00)
Lokasi: 36800 Kampung Gajah, Perak

 

6. Muzium Beruas

Muzium BeruasRajah 6 Sumber Lawan Untuk Hidup

Gambaran:

Kini muzium ini mengandungi pelbagai jenis artifak tinggalan sejarah dari zaman kerajaan Beruas sehinggalah Gangga Negara.

Ianya dibangunkan bertujuan untuk mengurai kembali zaman kegemilangan kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri ini. Kerajaan Gangga Negara dan Beruas yang megah sekitar adab kedua hingga kelima belas ini membawa banyak sejarah bersamanya.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30 a.m. – 5.00 p.m.) , Jumaat (9.30 a.m. – 12.15 p.m.) (2.45 p.m. – 5.00p.m.), Sabtu, Ahad, dan Kelepasan Am (9.30 a.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Besar, 32700 Beruas, Perak.

 

7. Muzium Darul Ridzuan

 Muzium Darul RidzuanRajah 7 Sumber Ipoh Tourism Board

Gambaran: Pada sekitar kawasan muzium ini juga terbinanya kubu perlindungan serangan udara yang dibina pada tahun 1940.

Secara lazimnya, dengan peredaran zaman, reka bentuk dalamannya diubah untuk menetapkan sejarah-sejarah Malaya dan selanjutnya diberi nama Muzium Darul Ridzuan.

Muzium ini telah dirasmikan pembukaannya pada 18 Ogos 1992 oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30 a.m. – 5.00 p.m.) , Jumaat (9.30 a.m. – 12.15 p.m.) (2.45 p.m. – 5.00p.m.), Sabtu, Ahad, dan Kelepasan Am (9.30 a.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Perak, 30000 Ipoh

 

8. Muzium Geologi

Muzium GeologiRajah 8 Sumber Just Shea, So Shea

Gambaran:

Seperti namanya, muzium ini ditubuhkan bertujuan untuk menyimpan contoh-contoh rujukan daripada kajian geologi.

Merumahkan lebih dari 600 koleksi unik yang terdiri daripada fosil, batu permata, mineral, dan artifak tempatan dan antarabangsa.

Sekiranya anda berkunjung ke negeri ini, haruslah anda lawati tempat ini kerana pastinya anda tidak akan bosan dengan hasil penyampaiannya.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00 a.m. – 12.30 p.m.) , Jumaat (9.30 a.m. – 12.00 p.m.) (3.00 p.m. – 4.30p.m.), Sabtu, Ahad, dan Kelepasan Am (Tutup)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak

 

9. Muzium Diraja Kuala Kangsar

Muzium Diraja Kuala KangsarRajah 9 Sumber thriftytraveller.wordpress.com

Gambaran:

Ianya didirikan atas titah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar Shah yang pada asalnya hanya sebagai tempat bersemayam sementara.

Keistimewaan utama bagi tempat ini ialah, ianya dibina tanpa menggunakan paku besi, dan bentuk bangunan ini dikatakan seperti sebilah pedang yang berada di dalam sarungnya.

Secara struktur pula, bahagian atas merupakan singgahsana manakala bahagian bawah menempatkan sebuah pejabat rasmi Baginda.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30 a.m. – 5.00 p.m.) , Jumaat (9.30 a.m. – 12.15 p.m.) (2.45 p.m. – 5.00p.m.), Sabtu, Ahad, dan Kelepasan Am (9.30 a.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Perak Royal Museum, Istana Lama Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

 

10. Kota Belanda

Kota BelandaRajah 10 Sumber Orang perak

Gambaran: Sekiranya anda melawat negeri Perak, pastinya Kota Belanda merupakan dalam senarai destinasi yang perlu anda lawati.

Pada awalnya, Kota Belanda ini merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda yang dianggarkan dibangunkan lebih 300 tahun yang lalu sebagai gudang penyimpanan bijih timah yang didapati di negeri tersebut.

Tempat bersejarah ini masih memiliki peninggalan-peninggalan penjajahan, serta sejarah pengaruh warga Barat.

Waktu Operasi: Terbuka kepada umum
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 32300 Pangkor Island, Perak

 

11. Batu Bersurat Pulau Pangkor

Batu Bersurat Pulau PangkorRajah 11 Sumber Orang Perak

Gambaran: Sekiranya anda melawat Kota Belanda, jangan lupa juga untuk singgah di Batu Bersurat ini.

Batu tersebut terpahat dengan lukisan yang telah membuat banyak ahli arkeologi membuat pelbagai jenis tafsiran.

Terdapat juga tulisan yang berbunyi “if Carlo 1743” yang dianggarkan berkaitan dengan tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor.

Waktu Operasi: Terbuka kepada umum
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 32300 Pangkor Island, Perak

 

Syurga Pencinta Alam

Selain tempat-tempat bersejarah, negeri Perak ini juga dihiasi dengan alam semula jadi yang menjadi tarikan utama pelancong terutamanya bagi para pencinta alam.

Sekiranya anda tergolong dari segelintir mereka yang mencintai flora dan fauna, maka pastinya negeri Perak ini mampu menyajikan anda dengan tempat-tempat yang menarik.

 

1. Zoo Taiping

Taiping Night SafariRajah 12 Sumber Utusan Online

Gambaran: Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang dibina di utara semenanjung Malaysia. Ianya meliputi kawasan seluas 36 ekar tanah dan menggunakan pendekatan baharu yang mengambil kira habitat asal haiwan tersebut.

Zoo ini menempatkan lebih dari 1300 ekor haiwan.

Ianya juga amat selamat dan mesra terhadap pendedahan kepada anak-anak mengenai hidupan liar.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad(8.30 a.m. – 6.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM17.00) , Kanak-kanak (RM8.50)
Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

 

2. Taiping Night Safari

Taiping Night SafariRajah 13 Sumber GoWhere.my

Gambaran: Walaupun Night Safari ini terletak di Zoo Taiping, tetapi ianya mempunyai pengendalian yang berbeza berbanding dengan sesi pagi zoo tersebut.

Ianya diwujudkan untuk membolehkan pengunjung untuk melihat sendiri pengalaman bersama hidupan liar yang aktif pada waktu malam.

Peraturan yang dikenakan dalam night safari ini adalah lebih ketat seperti tidak boleh terlalu bising, dan tidak dibenarkan memasang lampu suluh atas prinsip menjaga ketenteraman haiwan dalam habitat mereka.

Waktu Operasi: Ahad-Jumaat, dan Cuti Umum (8.00 p.m. – 11.00 p.m.) , Sabtu dan malam sebelum Cuti Umum (8.00 p.m. – 12.00 a.m.)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM17.00), Kanak-kanak (RM8.50)
Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

 

3. Eco Park

 Eco ParkRajah 14 Sumber The Best Thing Between Us

Gambaran: Eco Park merupakan sebuah taman tema yang terletak di Bukit Merah Laketown Resort. Namun begitu, ianya berbeza dengan taman tema yang lain kerana ianya berunsurkan alam semula jadi.

Dengan keluasan 3 ekar, taman tema ini dijadikan sebuah tempat perlindungan mesra alam semula jadi.

Malah, pengunjung yang berminat juga boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang terdapat dalam taman tema ini.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00 a.m. – 6.00 p.m.) , Jumaat – Ahad (10.00 a.m. – 7.00 p.m.) , Cuti Sekolah dan Cuti Umum (Tutup kecuali hari selasa)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM18), Kanak-kanak (RM14), Warga Emas dan OKU (RM10)
Lokasi: Lot 898, Reservoir, Off Jalan, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak

 

4. Kelip-kelip Kampung Dew

 Kelip-kelip Kampung DewRajah 15 Sumber Orang Perak

Gambaran: Kampung Dew merupakan salah satu tempat di Malaysia yang mempunyai kawasan memerhati kelip-kelip dalam jumlah yang banyak. Secara lazimnya, tempat-tempat sebegini sememangnya kurang didapati di dalam dunia apatah lagi dalam Malaysia.

Keindahan suasana malam yang dihiasi dengan kumbang ini pastinya akan membuat anda terpegun.

Para pengunjung boleh juga mengambil kesempatan ini untuk memerhati kumbang ini dengan lebih dekat dan jelas.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 a.m. – 10.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Kampung Dew, Simpang Empat Semanggol, Perak

 

5. Pulau Orang Utan

Pulau Orang UtanRajah 16 Sumber

Gambaran: Pulau Orang Utan bukanlah pulau sebenar melainkan pulau buatan yang terdapat di tengah-tengah tasik di Bukit Merah.

Ianya merupakan sebuah pusat penjagaan orang utan yang berkeluasan lebih kurang 35 ekar dan menempatkan lebih dari 20 ekor orang utan.

Pusat ini juga menetapkan orang utan yang pelbagai peringkat usia, oleh itu, anda bolehlah memerhatikan perlakuan mereka.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 a.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran Masuk:
Warganegara: Dewasa (RM30.00) , Kanak-kanak (RM18.00), Warga Emas (RM15.00), Pelajar Berkad (RM18.00)
Bukan Warganegara: Dewasa/Kanak-kanak/Warga Emas (RM36.00)
Lokasi: A197, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

 

6. Burung Enggang di Pasir Bogak

Burung Enggang di Pasir BogakRajah 17 Sumber Percutian Impian

Gambaran: Pasir Boga merupakan salah satu kawasan di Pulau Pangkor, oleh itu, jika anda berkesempatan untuk mengunjungi pulau tersebut, haruslah anda menikmatinya dengan melihat burung enggang ini dengan lebih dekat.

Walaupun dari segi saiznya burung ini agak besar berbanding burung biasa, namun ianya lebih mesra dengan manusia.

Pengunjung yang melawat ke pusat burung ini pastinya boleh berinteraksi serta melihat dengan lebih dekat akan keunikan dan kecantikan burung ini.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (5.30 p.m. – 6.30 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak

 

7. Pusat Konservasi Hidupan Liar

Pusat Konservasi Hidupan LiarRajah 18Sumber Blog Anamizu

Gambaran: Pusat ini ditubuhkan dalam sekitar tahun 1970 dan diuruskan oleh Jabatan Perhilitan Perak sendiri.

Pusat yang berkeluasan 50 hektar ini terletak 30 minit dari Pekan Sungkai. Ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga, mengawal, dan mengelakkan kepupusan haiwan-haiwan yang terancam di negara ini.

Sekiranya anda melawat tempat ini, anda dapat menyaksikan hidupan-hidupan liar yang berkeliaran dalam habitat mereka sendiri. Seperti rusa, seladang, harimau, dan banyak lagi haiwan anda boleh lihat sendiri.

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (8.00 a.m. – 5.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 35600 Sungkai, Perak

8. Ladang Ternakan Rusa

Ladang Ternakan RusaRajah 19 Sumber

Gambaran:

Ladang yang berkeluasan 100 hektar ini diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar dan terletak di Kampung Manderang, Sungkai, Perak.

Di ladang ini, anda dapat meliat rusa dari pelbagai spesies berkeliaran dan hidup dengan bebas, jauh dari pandangan pemburu.

Dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan, ladang ini juga membina tempat perlindungan bagi beberapa spesies burung tertentu dan beberapa hidupan liar lain yang terancam.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 a.m. – 4.15 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Ipoh, 31100 Chemor, Perak

 

9. Pusat Pengurusan Penyu Segari

Pusat Pengurusan Penyu SegariRajah 20 Sumber menarikdi.com

Gambaran:

Tempat ini terkenal dengan dua jenis penyu yang sering mendarat iaitu, Penyu Lipas dan Penyu Agar.

Pusat ini menjadi pusat pemuliharaan penyu sebelum ianya dilepaskan di laut.

Sekiranya anda melawat tempat ini dalam sekitar bulan Mac hingga Jun, anda bolehlah melihat aksi penyu mendarat.

Anda juga bolehlah melawat tempat  pameran yang mempamerkan kitaran hayat mereka juga melawat tapak penetasan penyu , kolam-kolam penyu dan melihat sendiri pelepasan anak-anak penyu ke laut.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 a.m. – 5.00 p.m.) (12.30 a.m. – 2.00 p.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 34900 Lumut, Perak

 

10. Santuari Burung Kuala Gula

Santuari Burung Kuala GulaRajah 21 Sumber hizool.blogspot.com

Gambaran:

Tempat ini terkenal dengan burung-burung tempatan dan juga burung-burung migrasi.

Malah, tempat ini juga menyediakan kemudahan seperti chalet untuk pelancong yang datang dari jauh.

Habitat semula jadi paya bakau di tempat ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk beribu-ribu burung untuk singgah dari seluruh pelosok dunia.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7.00 a.m. -.7.00 p.m. )
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 34350 Kuala Kurau, Perak

 

 11. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung LangRajah 22 Sumber cheritera kami blogspot

Gambaran: Taman rekreasi ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding taman-taman rekreasi yang lain. Tempat ini terletk hanya 6km dari bandar Ipoh dan mudah untuk dikunjungi bagi mereka yng ingin memencilkan diri dalam ketenangan alam semula jadi.

Waktu Operasi:
Isnin-Khamis (8am – 12pm & 1.30pm – 7pm),
Jumaat (8am – 12pm & 2.45pm – 4pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8am – 6.30pm)
Bayaran Naik Bot: Dewasa (RM3.00) | Kanak-kanak atau Warga Emas (RM1.50)
Lokasi: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.

 

Pulau dan Pantai

Selain memiliki tempat-tempat besejarah, dan tempat pencinta alam, negeri Perak juga menyajikan pengunjungnya dengan keindahan pulau-pulau dan pantai yang bakal menyejukkan dan menggamit tarikan anda.

Pulau-pulau negeri Perak juga cantik-cantik belaka dan boleh dijadikan sebagai tempat bergambar bagi mereka yang fotogenik.

 

1. Pulau Pangkor

Pulau PangkorRajah 23 Sumber travelstore.tn

Gambaran: Pulau ini merupakan pulau yang ketiga terbesar di Malaysia. Ianya memiliki pantai yang indah disebalik pemandangan yang menawan.

Malah, tempat ini juga menyediakan beberapa aktiviti air bagi mereka yang menggemarinya.

Pulau ini juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa, teksi, motosikal dan juga basikal bagi mereka yang ingin menjelajahi pulau ini.

Waktu Operasi: Terbuka kepada umum
Cara ke pulau Pangkor:
Menaiki feri dari Marina Island:
Harga Tiket Ferry Pulau Pangkor: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
Harga Tiket Ferry Penduduk Pulau Pangkor: Dewasa RM6 | Kanak-kanak RM3
Menaiki feri dari Lumut:
Harga Tiket Ferry Pulau Pangkor: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

 

2. Pantai Ban Pecah

Pantai Ban PecahRajah 24 Sumber

Gambaran: Pantai yang terletak di Kawasan Parit Buntar ini merupakan kawasan kegemaran bagi penduduk tempatan untuk beristirehat.

Ianya juga kawasan hotspot bagi kaki pancing sekalian, kerana mempunyai pelantar memancing yang dibina khas untuk pengunjung-pengunjung kawasan ini.

Waktu Operasi: Terbuka kepada umum
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 34250 Tanjung Piandang, Perak

 

3. Pulau Giam Pulau Giam

Rajah 25 Sumber Di Pangkor bersama OG

Gambaran: Pulau Giam merupakan salah satu pulau kecil di Pangkor, namun pulau ini lebih menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikan air lautnya. Ianya merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan aktiviti snorkellingnya dan berkayak. Oleh kerana air laut tempat ini jernih dan tidak terlalu dalam, ianya merupakan hotspot tempat percutian keluarga untuk melakukan aktiviti riadah dan berkelah bersama.

Waktu Operasi: Terbuka kepada Umum
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Pulau Glam, 32300, Perak

 

4. Teluk Senangin

Teluk SenanginRajah 26 Sumber Percutian Bajet

Gambaran: Tempat ini merupakan kawasan peranginan yang popular bagi penduduk tempatan. Ianya merupakan tapak riadah, istirehat dan berkelah.

Malah, kedudukannya yang berhampiran dengan laut juga membolehkan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti air seperti banana boat, memancing, bola tampar dan banyak lagi. Bagi yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota, jangan lupa untuk berkunjung ke tempat ini.

Waktu Operasi: Terbuka kepada Umum
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

 

5. Teluk Batik

Teluk BatikRajah 27 Sumber TripAdvisor

Gambaran: Pantai Teluk Senangin ini terkenal dengan keindahan pantainya yang memiliki pasir yang halus, dan lanskap yang cantik dan luas. Ianya kawasan ideal bagi mereka yang menggemari sukan pantai seperti bola tampar, perkhemahan dan aktivi riadah bersama keluarga.

Malah ianya menyediakan beberapa chalet dan resort bagi mereka yang ingin menginap di tempat ini.

Waktu Operasi: Terbuka kepada umum
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak, Malaysia.

 

Sesungguhnya negeri Perak merupakan salah sebuah negeri yang kaya dengan tempat-tempat kunjungan yang menarik.

Sekiranya anda berpeluang untuk menjejakkan kaki di bumi Darul Ridzuan ini, janganlah lupa untuk singgah ke beberapa tempat ini bagi menerokai harta tersirat negeri ini. Pastinya anda tidak akan menyesal memilihnya sebagai destinasi pelancongan anda.