25 Tempat Menarik di Penang (Updated 2018)

Pernahkah anda melawati Pulau Pinang?

Terbuai dengan keindahan Pulau Pinang dan tergoda dengan makanan Pulau Pinang yang lazat. Pastinya bagi mereka yang kaki makan, mereka tahu bahawa negeri ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dari pelbagai jenis kaum.

3 Sebab Mesti Melawat Pulau Pinang

  1. Kelazatan makanan
  2. Kepelbagaian tempat-tempat kunjungan
  3. Kebudayaan unik dari segi sejarah

Jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk melawat tempat-tempat menarik yang disajikan di hadapan anda.

Dari tempat-tempat bersejarah, muzium-muzium, sehingga ke tempat berekreasi, juga ke dunia pencinta alam. Siapalah yang tidak mahu menyelami bumi Penang ini.

Tempat-Tempat Bersejarah dan Muzium-muzium

Pulau Pinang terletak di kawasan perairan yang strategik.

Mengikut sejarah, disebabkan kedudukannya yang strategik, pulau pinang dapat membangun dengan majunya dan berkembang pesat menjadi sebuah tempat perdagangan yang terkenal di pentas dunia pada waktu lampaunya.

Tempat ini dilawati oleh pedagang-pedagang dari seluruh dunia untuk apabila mereka berlayar. Malah, ianya telah melalui beberapa zaman penjajahan yang berlalu sebelum mendapat kemerdekaannya bersama Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang Dunia yang Kedua.

Oleh yang demikian, Pulau Pinang mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang boleh pelancong kunjungi. Selain itu, Pulau Pinang juga mempunyai banyak muzium-muzium yang boleh dikunjungi.

Peminat sejarah mahupun pelancong biasa bolehlah mengambil masa untuk melawat tempat-tempat ini, kerana bukan sahaja ianya informatif, malah menyeronokkan.

1. Muzium Pinang Peranakan

Gambaran:

Kaum Pinang Peranakan merupakan kaum Baba dan Nyonya di Penang. Di sini anda boleh mengenali budaya dan cara hidup kaum Peranakan.

Muzium ini mempamerkan sejarah kehidupan harian kaum Peranakan di samping memperlihatkan baju tradisional dan jenis perabot yang mereka gunakan.

Apabila anda melangkah masuk ke muzium ini, pastinya anda akan terbuai kembali ke zaman peranakan.

Sumber

Bayaran Masuk: Dewasa RM20
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)
Lokasi: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Website: http://www.pinangperanakanmansion.com.my/

2. Muzium Perang Pulau Pinang

https://www.youtube.com/watch?v=u0LKQDVGb7o

Gambaran:

Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang terawal dijajah British. Oleh itu, muzium ini dibina untuk mengajar pengunjung yang datang akan zaman gelap negeri ini.

Dalam bangunan ini, anda boleh lihat pameran dan bangunan peninggalan tentera British seperti bilik tahanan yang digunakan untuk menyeksa banduan, dan juga menyimpan senjata-senjata yang digunakan untuk perang.

Muzium Perang Pulau Pinang

Sumber

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang

  

3. Muzium Rumah P.Ramlee

Gambaran:

P.Ramlee merupakan seniman lagenda yang telah mengorak langkah mengembangkan sayap industri filem negara sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi.Rumah beliau di Pulau Pinang dipelihara sehingga ke hari ini, dan kini menjadi salah satu Muzium kegemaran warga tempatan.

Di sini, anda akan dibuai dengan nostalgia lagu-lagu seniman tersebut. Di samping, anda juga akan dapat melihat kisah hidup, pencapaian, dan jasa beliau terpahat di setiap penjuru rumah tersebut.

Rumah P.Ramlee

Sumber

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30)
Lokasi: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.

 

4. Toy Museum Penang

Gambaran:

Muzium mainan ini pastinya dapat menggamit perhatian anda apatah lagi jika anda seorang penggemar permainan sejak 4 dekad yang lalu.

Muzium ini menyajikan anda dengan mainan lebih 100 000 banyaknya. Malah ianya terdiri daripada permainan lama, patung-patung, figura-figura, dan juga barang-barang antik industri filem, permainan, dan buku.

Toy Museum Penang

Sumber

Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-Kanak RM19
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Lokasi: Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

 

5. Masjid Kapitan Keling

Gambaran:

Masjid yang berusia lebih 200 tahun ini telah dibina oleh tentera East India Company yang memeluk agama Islam pada waktu itu. Ianya merupakan salah satu masjid yang terawal dibina di Pulau Pinang dan telah menjadi masjid utama sebelum Masjid Pulau Pinang dibangunkan.

Masjid Kapitan Keling

Sumber

Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang. 

 

6. Made In Penang Interactive Museum

Gambaran:

Made In Penang Interactive Museum ini merupakan tarikan moden di Penang dan bertujuan untuk mempamerkan sejarah pulau ini dengan cara yang lebih menarik sejajar dengan modenisasi negara.

Segala tarikan di sini mempunyai unsur-unsur moden yang pastinya akan menarik perhatian mereka yang datang ke sini.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)
Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.

 

7. 3D Trick Art Museum

Gambaran:

Muzium tiga dimensi ini menjadi tarikan hangat Pulau Pinang pada tahun 2017, dan masih ramai lagi yang ingin melawat tempat tersebut. Pastinya anda akan nampak rakan-rakan yang mengunjung Pulau Pinang memuat naik gambar-gambar menarik, termasuklah muzium ini.

Dalam rumah tiga dimensi ini, anda akan melihat pelbagai lukisan dan grafik yang mengelirukan mata yang memandang.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM25
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Lokasi: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.

 

8. Penang Time Tunnel Museum

Gambaran:

Untuk pengetahuan anda, Pulau Pinang mempunyai fasa penting dalam pembangunannya dan kemajuannya yang dicapainya pada hari ini.

Oleh itu, seperti namanya, muzium ini berperanan untuk membawa pengunjung untuk mengembara melalui masa untuk sampai ke masa lampau.

Malah anda boleh juga mempelajari mengenai zaman penjajahan tentera Jepun dan bagaimana pulau ini dibom oleh kapal perang.

Bayaran Masuk: Dewasa RM29 | Kanak-kanak RM16
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.15am – 7.00pm)
Lokasi: 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang. 

 

9. Penang Camera Museum

Gambaran:

Adakah anda seorang kaki selfie? Atau mungkinkah anda suka mengambil gambar pemandangan atau gambar orang-orang lain? Tapi pernahkah anda terfikir untuk mengambil gambar kamera? Pastinya tidak.

Oleh yang demikian, anda patutnya datang ke sini untuk mengambil pengalaman tersebut. Marilah datang ke muzium ini dan anda bolehlah melihat perkembangan jenis-jenis kamera mengikut zaman. Dan janganlah lupa membawa kamera anda.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 6.30pm)
Lokasi: 49, Jalan Muntri, George Town, 10200 Pulau Pinang.

 

10. Kilang Batik Penang

Gambaran:

Pada tahun 1973, kilang batik ini dibuka bagi menghasilkan produk batik yang menarik. Tahun demi tahun, kualiti batik yang dihasilkan semakin meningkat dan begitu juga hasil produk mereka.

Jika anda melawat tempat ini, jangan lupa untuk mengikuti free tour yang mereka sediakan setiap hari.

Dan jika ada produk yang anda berminat, maka jangan ragu-ragu untuk membelinya kerana anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

Kalau anda berminat untuk belajar batik, tempat ini juga menyediakan bengkel yang boleh anda sertai.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

 

11. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Gambaran:

Masjid ini merupakan masjid terapung negara yang pertama di bina. Ianya terletak di antara Georgetown dan Batu Ferringhi. Jika anda ingin melihat pemandangan yang cantik di samping bergambar dengan pemandangan yang indah.

Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang. 

 

12. Fort Cornwallis

Gambaran:

Tempat ini merupakan tempat yang banyak kali disebutkan dalam buku-buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah menengah.

Ya, inilah tempat pertama yang dijejaki oleh Sir Francis Light ketika dia datang ke bumi Malaysia pada tahun 1876.

Walaupun sudah bertahun-tahun berlalu, namun tempat ini masih berdiri kukuh dan kebanyakan infrastruktur yang dibina belum lagi rosak.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.30pm)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang 

 

13. Bukit Bendera

Gambaran:

Selain menjadi tapak ikonik Pulau Pinang, Buit Bendera juga merupakan salah satu tapak bersejarah di mana ianya merupakan stesen bukit British yang tertua di Asia Tenggara.

Anda boleh menaiki fenicular train untuk menaiki bukit ini, dan diatas anda dapat melihat 52 lot bungalow yang dibina lebih 100 tahun dahulu.

Waktu Operasi:  Isnin – Jumaat (6.30am – 10.00pm) | Sabtu, Ahad, & Cuti Umum (6.30am – 11.00 pm)

Cara-cara menaiki Bukit Bendera:

  1. Jungle Trekking dalam kumpulan
  • Pakej barat (3.8 km – 2 jam) bersama pemandu hutan RM15/seorang
  • Pakej dari stesen atas ke bawah (10.2km – 5 jam) bersama pemandu hutan RM40/seorang
  1. Kereta Kabel
  • Warganegara
    • (Tiket Biasa) – Dewasa RM10 |Kanak-kanak RM5 | Warga Emas RM5
    • (Fast Lane) – Dewasa RM40 | Kanak-kanak RM20 | Warga Emas RM5
  • Bukan Warganegara
    • (Tiket Biasa) – Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM15 | Warga Emas RM30
    • (Fast Lane) – Dewasa RM80 | Kanak-kanak RM40 | Warga Emas RM60

Lokasi: Penang Hill, Penang

 

Tempat-tempat Berekreasi

Selain tempat-tempat bersejarah, Pulau Pinang tidak jauh ketinggalan dengan tarikannya untuk membina tempat-tempat berekreasi bagi pembangunan sektor pelancongan negeri tersebut.

Dari aktiviti lasak sehinggalah ke aktiviti keluarga, semuanya boleh di dapati di Pulau Pinang ini. Oleh itu, janganlah lepaskan peluang untuk meninjau aktiviti tersebut dan mengambil bahagian dalamnya. Pastinya anda akan  merasakan keseronokan yang terhidang untuk anda.

1. Pantai Tanjung Bunga

Gambaran:

antai ini terletak 20 kilometer dari Georgetown, dan hanya 30 minit sahaja dengan menggunakan kereta. Tempat ini merupakan tarikan pelancong yang popular di kalangan pengunjung tempatan dan luar negara.

Bukan itu sahaja, malah tempat ini juga menyediakan pelbagai aktiviti sukan air yang sesuai untuk individu mahupun keluarga.

Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Tanjung Bungah, Pulau Pinang

 

2. Escape Theme Park

Gambaran:

Bagi penggemar aktiviti lasak dan suka cabaran luar maka ini merupakan tempat  ideal bagi anda. Sekiranya anda mencari aktiviti lasak semasa di Pulau Pinang, janganlah lepaskan peluang ke Escape Theme Park ini.

Aktiviti seperti flying lemur, monkey bussiness, bungee jumping dan banyak lagi disediakan bagi memuaskan keinginan cabaran anda.

Water Theme Park akan dilancarkan!

Bayaran Masuk: Dewasa RM83 | Kanak – Kanak RM55
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm)
Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

 

3. Golden Sands Adventure Zone

Gambaran: Tempat ini merupakan tempat hiburan keluarga yang terkenal di Pulau Pinang. Ianya terletak dalam bangunan Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa dan mereka yang menetap di tempat ini pasti akan melawatnya.

Para ibu bapa tidak perlu risau kerana tempat ini mempunyai tempat kanak-kanak kecil untuk bermain dengan selamat. Dan jika anda lapar, ianya juga menyediakan kemudahan tempat makan.

Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM48 (2 jam)
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00am-7:00pm)
Lokasi: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang. 

 

4. Amazing World Studio

Gambaran: Amazing World Studio juga merupakan salah satu studio kreatif yang membolehkan anda melihat pameran 3 dimensi yang menakjubkan. Jika anda salah satu kaki gambar, maka ambillah peluang untuk ke sini kerana ianya sangat sesuai untuk anda.

Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)
Lokasi: 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang. 

Dunia Pencinta Alam

Jangan hanya fikirkan Pulau Pinang sebagai dunia makanan dan juga tempat-tempat bersejarah. Negeri ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menjaga alam ciptaan Tuhan.

Dari pantai yang cantik dan bersih sehinggalah ke taman-taman yang rapi dipelihara dan pulihara. Keindahan dunia alam semula jadi di negeri ini cukup mengagumkan dan mencuit hati.

Jika anda penat dengan kesibukan bandar dan tekanan kerja, ambillah peluang untuk mengosongkan dan menenangkan minda anda di negeri kecil ini. Udara yang segar pasti mampu melepaskan segala tekanan yang anda hadapi di samping membolehkan anda menghirup udara yang segar.

1. Countryside Stables Penang

Gambaran: Jika anda seorang yang suka kuda, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda. Di sini anda boleh merasakan keseronokan menunggang kuda, dan jika anda belum pernah menunggang kuda, jangan risau, tempat ini boleh mengajar anda untuk menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semula jadi.

Tempat ini mempunyai lebih dari 30 ekor kuda dan lebih dari 5 jenis baka yang berbeza.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (2.00pm – 7.30pm)
Lokasi: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

 

2. Tropical Spice Garden

Gambaran:

David dan Rabecca Wilkison, dan beberapan rakan mereka telah mengambil sebuah ladang getah yang terbiar dan menukarnya menjadi satu destinasi eco-perlancongan yang terkenal di dunia.

Kini, tahan yang berkeluasan 8 ekar ini menempatkan lebih dari 500 jenis flora dan fauna. Di samping menikmati pemandangan yang indah flora dan fauna, tempat ini juga menyediakan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00am – 6:00pm)
Lokasi: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.

 

3. Tropical Fruit Farm Penang

Gambaran:

Ladang buah ini terletak di Teluk Bahang ini merupakan destinasi agro-pelancongan yang terkenal di Pulau Pinang. Ianya mengambil keluasan 25 ekar dan mempunyai lebih dari 370 jenis buah-buahan tempatan dan eksotik yang boleh dimakan. Tempat ini juga memelihara beberapa baka buah-buahan yang eksotik juga.

Waktu Operasi: Terbuka kecuali cuti am
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

 

4. Saanen Dairy Goat Farm

Gambaran:

Ladang tenusu kambing ini percuma untuk dilawati pengunjung tempatan mahupun antarabangsa. Ianya bertujuan memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari mengenai khasiat-khasiat susu kambing.

Ladang ini telah banyak mengeluarkan produk-produk yang berkhasiat dan telah dipasarkan secara besar-besaran.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)
Lokasi: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.

 

5. Taman Rama-Rama Pulau Pinang

Gambaran:

Tempat ini merupakan salah satu destinasi pencinta alam kerana ianya penuh dengan rama-rama yang cantik dan pelbagai spesies.

Sambil bersiar-siar dan menikmati udara segar, anda boleh mengambil gambar dengan suasana sekitar yang cantik dihiasi rama-rama.

Bayaran Masuk: Dewasa RM65 | Kanak-kanak RM45
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-7.00pm)
Lokasi: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

 

6. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Gambaran:

Pantai Kerachut bukan sahaja dikenali oleh keindahan pantainya, malah kehadiran pusat konservasi penyu juga sering menjadi buah mulut pengunjung.

Ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara dan memulihara penyu yang mendarat di pulau ini dan membantunya membiak dan menjaganya supaya tidak pupus.

Pantai ini dikenali dengan kehadiran penyu Agar yang akan datang bertelur setahun dua kali.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)
Lokasi: Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

 

7. Taman Negara Pulau Pinang

https://www.youtube.com/watch?v=O-CYUQevodU

Gambaran:

Taman Negara Pulau Pinang ini merupakan taman negara yang terkecil di Pulau Pinang. Walaupun kecil, namun anda boleh menemukan pelbagai pengembaraan di dalam hutan simpan ini.

Malah, selain mengembara dalam hutan, anda juga boleh memancing di tempat ini kerana ianya berdekatan dengan pantai Kerachut.

Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.

 

8. Taman Burung Pulau Pinang

https://www.youtube.com/watch?v=bbp35KmzWbA

Gambaran:

Jika taman negara di negeri ini merupakan yang terkecil di negara. Maka taman burung ini pula merupakan taman burung yang terbesar yang terdapat di negara kita.

Taman ini merumahkan lebih dari 300 spesies burung-burung dan mempunyai keluasan sebesar 5 ekar.

Tempat ini juga mempunyai haiwan-haiwan liar yang lain seperti rusa, buaya, dan ular sawa.

Bayaran Masuk: Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM13
Waktu Operasi: Monday – Sunday (9.30am – 6.30pm)
Lokasi: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang 

 

9. Taman Botani Penang

Gambaran:

Anda boleh mengadakan piknik di tempat ini dan melakukan aktiviti riadah secara kumpulan atau individu.

Tempat ini juga merupakan salah satu institusi botani yang terpenting di Malaysia sehinggakan anda boleh mendapat pelbagai baka tumbuh-tumbuhan dari tempat ini.

Antara tumbuhan menarik yang boleh anda temui termasuklah teratai amazon dan pokok yang berusia lebih 100 tahun.

Waktu Operasi: Isin – Ahad (5:00am – 10:00pm)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang.

 

Pilihan Anda =)

Inilah tempat-tempat menarik Penang / Pulau Pinang yang mesti anda mengunjungi semasa pergi ke Pulau Pinang.

Yang mana satu kegemaran anda?

Atau, yang mana satu sudah anda mengunjungi?

Berikan komen di bawah mengenai pengalaman anda.