Bagi mereka yang pernah mendengar mengenai negeri Melaka, pastinya anda tahu bahawa negeri ini merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, dari bangunan, sehingga ke budaya dan orangnya.
Walaupun sudah berabad berlalu, namun sejarah negeri ini terus hidup dibawa arus masa melalui personifikasinya dalam kehidupan masyarakat tempatan yang terus memelihara dan memuliharanya.
Namun begitu, negeri Melaka bukan sahaja kaya dengan tempat-tempat bersejarah, malah ianya juga dipenuhi dengan tarikan-tarikan moden yang membuatnya cukup terkenal di pentas dunia.
Tempat-Tempat Bersejarah
1. Kota A’Famosa
Rajah 1 Sumber Orang Melaka
Gambaran: Kota A’Famosa merupakan mercu tanda paling popular negeri Melaka. Ianya menyimpan banyak sejarah-sejarah lampau semasa penjajahan Portugis dahulu kala.
Tempat ini dikatakan ditubuh sebagai kubu pertahanan warga Portugis semasa mereka menjajah Melaka dahulu.
Pada awal abad ke 18, banyak bangunan yang telah diruntuhkan, saki baki yang tinggal hanyalah sebahagian kecil.
Namun begitu, tempat ini tetap dipelihara dan pastinya tarikan yang wajib anda kunjungi semasa berada di Melaka.
https://www.youtube.com/watch?v=f3UKSFRUx5E
Waktu Operasi: Sentiasa terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka
2. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Rajah 2 Sumber Wikimedia
Gambaran: Muzium Kesultanan Melayu Melaka ini bertujuan untuk membolehkan pengunjung yang datang dapat melihat dan merasakan sendiri kehidupan harian penduduk istana pada era itu.
Anda juga boleh mempelajari adat istiadat Kesultanan Melayu asli. Dengan reka bentuk tradisional ini, anda dapat merasakan hidupnya kembali sejarah-sejarah Melayu.
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia
3. Muzium Maritime
Rajah 3 Sumber Malacca – Attractions in Malaysia
Gambaran: Mengikut sejarah, sebuah kapal yang dinamakan Flor de la Mar (Flower of the Sea) telah karam di perairan Sumatra ini.
Oleh itu, Muzium Maritime, yang juga dikenali sebagai Muzium Samudera ini menjadi tarikan ramai pelancong sehingga mendapat catatan melebihi 20 000 orang dalam sebulan.
Kapal ini dikatakan memainkan peranan yang penting dalam menentukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi: Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
4. Masjid Kampung Kling
Rajah 4 Sumber
Gambaran: Masjid Kampung Kling ini dibina sekitar tahun 1748 dan boleh dilawati menerusi Jalan Harmoni. Jika anda melawat tempat ini, pastinya anda boleh melihat melaluii seni binanya yang amat dipengaruhi oleh budaya Jawa dan oriental.
Masjid selalunya dibina dengan kubah bulat, namun, masjid ini mempunyai kubah yang menyerupai bangunan pagoda.
Hiasan dalaman masjid ini juga lain dari yang lain. Oleh itu, ianya diisytiharkan sebagai salah satu monumen sejarah Malaysia.
Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka
5. Menara Taming Sari
Rajah 5 Sumber melakahomestay.com.my
Gambaran: Menara ini merupakan menara Gyro yang pertama di Malaysia dan dibuka secara rasminya pada tahun 2008. Daripada nama sahaja pasti anda sudah tahu bahawa menara ini mendapat namanya daripada keris Hang Tuah yang sehingga kini belum lagi dijumpai.
Menara ini dibina dengan strukturnya menyerupai keris dan mempunyai ketinggian 110 meter. Dengan struktur yang berpusing, dan kapasiti maksima 80 orang, pengunjung yang melawat dapat merasakan panaroma 360 darjah Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)
Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka
6. Muzium Cheng Ho
Rajah 6 Sumber Travel To Malaysia
Gambaran: Muzium ini bertujuan untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho yang telah menjelajah merentasi laut untuk mencari dunia baru. Beliau digambarkan sebagai seorang yang bijaksana kerana mampu sampai ke Australia dan New Zealand dalam penjelajahan beliau.
Muzium ini juga mengandungi pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi, dan peralatan muzik tradisional.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Lokasi: 51 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
7. Masjid Selat
Rajah 7 Sumber Lonely Planet
Gambaran: Di Melaka, terdapat sebuah pulau buatan manusia yang digelar Pulau Melaka. Dalam pulau itu, terletaknya Masjid ini. Ianya dibuka pada tahun 2006 dan meminjam konsep masjid terapung di Jeddah.
Pada waktu air pasang, masjid ini seakan-akan terapung di atas air laut selat Melaka. Maka terciptalah namanya, iaitu Masjid Selat
Seni bina masjid ini juga unik dengan gabungan antara timur tengah dan melayu. Malah terdapat juga hiasan-hiasan yang diperbuat daripada buluh dan ukiran kayu.
Disebabkan masjid ini dibina di air selat Melaka, maka tiang masjid ini memainkan peranan sebagai lampu untuk memberi isyarat kepada bot dan kapal yang melalui selat ini pada waktu malam.
Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka
8. Baba Nyonya Heritage Muzium
Rajah 8 Sumber Malaysia Site
Gambaran: Muzium ini bertujuan untuk mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka.
Bangunan muzium ini sebenarnya merupakan 3 lot teres yang dimiliki oleh keluarga Chan yang datang menetap di Melaka untuk berniaga.
Keturunan keluarga Chan berjaya untuk memelihara sebilangan jumlah perabot asal serta ciri-ciri asli rumah tersebut.
Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang budaya ini, anda bolehlah melawatnya dan melihat sendiri.
Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Tour Pagi (10.00am – 1.00pm) | Tour Petang (2.00pm – 5.00pm)
Lokasi: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
9. The Stadthuys
Rajah 9 Sumber TravelBuddee.com
Gambaran: Salah satu mercu tanda yang cukup sinonim dengan negeri Melaka ini ialah bangunan Stadthuys yang telah dibangun sejak tahun 1660an and kini masih teguh berdiri di bumi Melaka.
Semasa Belanda menjajah Tanah Melayu, bangunan ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan tersebut. Ianya dikatakan sebagai bangunan tingalan Belanda yang tertua di Asia Tenggara.
Namun begitu, kerajaan Melaka telah mengubah suai tempat ini menjadi muzium pada tahun 1982. Kini, tempat ini terukirnya sejarah-sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British.
Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
10. Muzium Kapal Selam Melaka
Rajah 10 Sumber Kaki Berangan
Gambaran: Jika anda pernah terfikir bagaimana suasana dalam sebuah kapal selam atau submarine, maka tidak perlu bertanya lagi, kerana kapal anda boleh melihatnya sendiri di Muzium Kapal Selam Melaka ini.
Kapal selam ini digelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.
Kapal selam ini tiba di Melaka apabila ianya diserahkan kepada Kementerian Pertahanan dan kemudiannya diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan kepada umum.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
11. Masjid Kampung Hulu
Rajah 11 Sumber Travel To Malaysia
Gambaran: Masjid Kampung Hulu ini didirikan pada tahun 1728 menjadikannya sebagai masjid yang tertua di Malaysia. Sekilas pandang sahaja pasti anda akan kagum dengan seni binanya.
Didirikan pada tahun 1728, kini terus berdiri sambil membawa sejarah zaman Melaka lampau.
Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka.
12. Malaka Stamp Museum
Rajah 12 Sumber Trip Advisor
Gambaran: Pada awalnya, bangunan ini lebih dikenali sebagai Sekolah Gambar atau Muzium Lama Melaka. Ianya bertujuan untuk merumahkan para pembesar-pembesar Belanda di Kota Melaka. Namun begitu, disebabkan tercetusnya perang dunia kedua, bangunan ini ditinggalkan sebelum ianya mampu dibangunkan. Kini muzium ini dipulihara semula menjadi sebuah muzium yang menempatkan ratusan koleksi setem lama. Ianya juga menyediakan infografik bagi setiap setem khususnya untuk negeri Melaka. Kebanyakan koleksi setem di sini bermula pada era kolonial British sehinggalah ke waktu kini.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 pagi – 5.30 petang)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM3) | Kanak-kanak (RM2)
Lokasi: Jalan Kota, 75000, Bandar Hilir Melaka
13. Gereja St. John
Rajah 13 Sumber Malacca – Attractions in Malaysia
Gambaran: Gereja ini dibangun pada tahun 1521 oleh tentera Portugis semasa penjajahan mereka. Mereka mendirikannya sebagai tempat ibadah sekaligus menarik minat penduduk tempatan untuk memeluk agama Kristian.
Gereja ini terletak berhampiran dengan Kota A Famosa di atas Bukit St. John.
Walaupun sudah 500 tahun berlalu, struktur binaan gereja ini tetap teguh walaupun sudah melalui beberapa fasa peperangan. Di samping itu, pengunjung yang melawat tempat ini bolehlah merakamkan pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit di sini.
Waktu Operasi: Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka
Taman Tema
1. The Pirate Adventure – Melaka Alive
Rajah 14 Sumber Melaka Alive
Gambaran: Sekiranya anda peminat Jack Sparrow dalam cerita Pirates of The Caribbean, maka pastinya anda akan jatuh cinta dengan taman tema ini.
Taman tema ini membolehkan anda untuk merasakan pengalaman menjadi seorang lanun. Malah anda juga boleh melihat simulasi ombak lautan yang menggunakan efek khas. Pastinya anda akan terpegun dengan pengembaraan anda mencari harta karun sambil menaiki kapal lanun.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM20.00), Kanak-kanak (RM15)
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00 a.m. – 7:00 p.m.)
Lokasi: Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka
2. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Rajah 15 Sumber melakawondrland.com.my
Gambaran: Tempat ini adalah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Ianya merupakan tempat yang sesuai bagi percutian seisi keluarga kerana tempat ini menyediakan pelbagai tarikan dan permainan yang sesuai untuk semua lapisan umur.
Malah, tempat ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang secukupnya bagi pengunjung-pengunjung yang datang melawat.
https://www.youtube.com/watch?v=VRm4jwTxgY4
Bayaran Masuk: Dewasa RM37.90 | Kanak-kanak RM32.00
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
3. The Shore Oceanarium
Rajah 16 Sumber Jelajah Maya
Gambaran: Tempat ini merupakan tempat tarikan moden yang baharu di Melaka. Ianya berasaskan tema akuatik yang pastinya menyegarkan tarikan anda.
Di sini, anda boleh melihat hidupan-hidupan laut yang unik di samping berinteraksi dengan haiwan akuatik yang seperti ikan yu, kuda laut, tapak sulaiman, dan macam-macam lagi.
Bayaran Masuk: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)
Lokasi: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
4. A’Famosa Resort
Rajah 17 Sumber Travelog
Gambaran: A’Famosa Resort ini merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia. Ianya terdiri daripada dua taman tema yang menarik iaitu taman tema air, A’Famosa Water Park, dan juga taman tema safari, Safari Wonderland.
Kedua-dua taman tema ini menjanjikan keseronokan dan permainan yang patinya sesuai bagi setiap peringkat umur.
Jika anda menginginkan keseronokan semasa cuaca panas, maka anda haruslah cuba untuk menjejakkan kaki di tempat ini.
Bayaran Masuk: Dewasa RM69 | Kanak-kanak RM55
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm) | Selasa (Tutup)
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tarikan Moden
1. The Shore Sky Tower
Rajah 18 Sumber urbancatalogue.com
Gambaran: Bagi anda yang meminati cabaran, Sky Tower ini menyajikan anda dengan cabaran ketinggian. Jikalau anda seorang yang gayat, pastinya cabaran ini akan menghantui anda.
Jika anda ingin mendapat pemandangan yang terbaik bagi negeri Melaka, maka anda bolehlah melawat Sky Tower dan naik ke tingkat 42. Pastinya anda akan tergamam dengan keindahan bandar seluruh bandar melaka yang terbentang luas di bawah anda.
Anda juga boleh merasakan pengalaman berjalan atas udara sekiranya anda memberanikan diri untuk berjalan atas lantai kaca lutsinar di menara ini.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM25) , Kanak-kanak(RM18)
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30 a.m. – 11.00 p.m.)
Lokasi: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
2. Rumah Terbalik Melaka
Rajah 19 Sumber Cari Destinasi
Gambaran: Dari nama sahaja sudah pasti dapat menarik perhatian anda. Ya, seperti tarikan-tarikan di luar negara, kini Melaka juga mempunyai rumah terbalik.
Ianya kini merupakan salah satu tarikan moden pelancong ke negeri ini. Hal ini kerana, sebaik sahaja anda melihat bangunan ini, anda pun pasti tertarik untuk menerokainya.
Anda juga pastinya akan berseronok menerokai rumah dari perspektif atas siling. Setiap ruang dan peralatan dalam rumah ini terbalik, oleh itu, sebaik sahaja anda masuk, anda akan berjalan atas siling, dan lantai akan berada di atas anda.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM15) , Kanak-kanak(RM10)
Waktu Operasi: Isnin -Khamis (10.00 a.m. – 7.00 p.m.) , Jumaat – Ahad (10.00 a.m. – 9.00 p.m.)
Lokasi: G12&G14,Jalan PM 7,Plaza Mahkota,Bandar Hilir, 75000 Melaka
3. Melaka River Cruise
Rajah 20 Sumber Tempat Menarik
Gambaran: Seperti bandar Venice yang kaya dengan sejarah dan mempunyai pengangkutan air untuk mengelilingi kota tersebut, Bandar Melaka juga menyajikan pengunjungnya dengan alternatif jalan air.
Lazimnya, pengangkutan air ini terkenal dikalangan pengunjung-pengunjung kerana membolehkan anda melihat keindahan Bandar Melaka tanpa perlu melalui kesesakan jalan raya di samping dibuai dengan ketenangan air.
Melaka River Cruise ini boleh dinaiki pada waktu malam ataupun siang membuatkannya fleksibel mengikut jadual perjalanan anda.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM10), Kanak-kanak (RM5)
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30 a.m. -11.00 p.m.)
Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
4. Taman Rama-Rama
Rajah 21 Sumber Supermeng Malaya
Gambaran: Taman rama-rama ini cukup cantik sehinggakan ianya menjadi tempat hangat untuk mengambil gambar. Tempat ini merumahkan sebanyak 20 jenis rama-rama yang cantik-cantik belaka.
Di samping rama-rama, taman ini juga mempunyai taman reptilia, taman ikan koi, dan tempat bergambar.
Oleh itu, bagi mereka yang gemar mengambil gambar, anda bolehlah melawat tempat ini dan menambah koleksi gambar anda.
Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 5.30pm)
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
5. Taman Buaya
Rajah 22 Sumber letsgoholiday
Gambaran: Taman Buaya ini sudah menjadi tempat tarikan pelancong sudah sekian lama. Para pengunjung tempatan mahupun dari luar negara sangat meminati tempat ini. Ianya merupakan kawasan kurungan yang direka menyerupai habitat bagi buaya-buaya tersebut.
Di samping taman buaya, ianya juga terdapat rumah mamalia, dan juga rumah reptilia yang pastinya membuat anda rasa terhibur.
Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
6. Skytrex Melaka
Rajah 23 Sumber TravelSifu Malaysia
Gambaran: Sekiranya anda berjiwa muda dan meminati aktiviti-aktiviti lasak yang meningkatkan adrenalina anda, maka Skytrex haruslah menjadi destinasi utama anda.
Tempat ini merupakan tempat yang ideal bagi mereka yang suka akan cabaran dan tempat-tempat tinggi. Terdapat aktiviti seperti fliying fox, tree climbing, dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang lain.
Malah, jika anda berminat, kawasan ini juga menyediakan tempat camping, kawasan piknik dan macam-macam lagi kemudahan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM60
Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Round 1 (9.00am) | Round 2 (3.00pm)
Lokasi: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka
7. Jonker Walk
Rajah 24 Sumber Malacca
Gambaran: Jonker Walk merupakan satu kawasan yang terletak di Bandar Melaka. Ianya dikenali sebagai tempat membeli belah yang cukup terkenal.
Sekiranya anda melawat Melaka, janganlah lupa untuk bersinggah di Jonker Walk ini. Anda boleh juga menaiki beca di kawasan ini dan merasakan pengalaman yang sepenuhnya melalui jalan yang dihias penuh dengan lampu.
https://www.youtube.com/watch?v=IMUjOmTyzR4
Waktu Operasi: Tempat Terbuka
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
8. Zoo Melaka
Rajah 25 Sumber MyNewsHub
Gambaran: Zoo ini merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia. Ianya menempatkan lebih dari 220 spesies haiwan-haiwan liar.
Zoo ini sesuai bagi mereka yang ingin bercuti dengan seisi keluarga kerana ianya mempunyai pelbagai tarikan yang cukup menarik.
Janganlah melepaskan peluang untuk melawat zoo Melaka ini kerana anda pasti akan berseronok.
Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)
Lokasi: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
9. Machap Walk
Rajah 26 Sumber facebook
Gambaran: Machap Walk merupakan tarikan baharu di Melaka. Ianya merupakan satu kawasan di mana terdapat menjual makanan pelbagai kaum dan bangsa.
Tarikan utama Machap Walk ini ialah makanan-makanan yang jarang ditemui dan eksotik. Di sini terdapat makanan yang terdiri daripada daging khinzir, ular, rusa dan sebagainya.
Sekiranya anda penggemar makanan, janganlah lepaskan peluang untuk datang ke sini. Anda pasti dapat merasakan makanan dari seluruh Malaysia di tempat ini.
Waktu Operasi: Jumaat – Ahad (6.00 p.m. – 12.00 a.m.)
Bayaran Masuk: Percuma
Lokasi: Machap Walk, Alor Gajah, Melaka, Malaysia.