Cuti Umum 2019 Malaysia: Kalendar, Tips, 8 Cadangan

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara multietnik yang mempunyai banyak perayaan berkaitan budaya dan agama.

Pada tarikh-tarikh perayaan penting ini, kerajaan menetapkan cuti umum 2019 untuk memberi peluang kepada setiap kaum supaya dapat meraikan perayaan masing-masing dengan penyertaan kaum yang lain.

Selain itu, sebagai sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan, rakyat Malaysia turut diberikan cuti umum untuk meraikan pelbagai hari perayaan utama Islam.

Perayaan Islam ini disambut berdasarkan kalendar Islam.

Begitu juga dengan dua lagi kaum utama di Malaysia iaitu kaum Cina dan India, turut meraikan perayaan berdasarkan kalendar masing-masing.

Cuti umum juga turut ditetapkan untuk tarikh-tarikh bersejarah dalam pembentukan negara Malaysia dan hari antarabangsa yang tertentu. Jadual di bawah menunjukkan tarikh-tarikh penting cuti umum sepanjang 2019.

Bulan Tarikh Cuti Umum Negeri Terlibat
Januari 1 Tahun Baharu Semua negeri kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Johor
21 Thaipusam Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang
Februari 1 Hari Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
5 & 6 Tahun Baharu China Semua negeri
April 3 Israk dan Mikraj Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis
Mei 1 Hari Pekerja Semua negeri
6 Awal Ramadan (tertakluk pada pengumuman rasmi) Johor, Kedah dan Melaka
19 Hari Wesak Semua negeri
22 Hari Nuzul al-Qur’an Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor
30 & 31 Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah dan Sarawak
Jun 1 & 2 Hari Gawai Dayak Sarawak
5 & 6 Hari Raya Puasa atau Aidilfitri (tertakluk pada pengumuman rasmi) Semua negeri
Ogos 11 & 12 Hari Raya Korban atau Aidiladha (tertakluk pada pengumuman rasmi) Semua negeri (pada hari pertama) dan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja (pada hari kedua)
31 Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) Semua negeri
September 1 Ma’al Hijrah (Awal Muharram) Semua negeri
9 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Semua negeri
16 Hari Malaysia Semua negeri
Oktober 27 Hari Deepavali Semua negeri kecuali Sarawak
November 9 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) Semua negeri
Disember 25 Hari Krismas Semua negeri

Manfaatkan Cuti Umum 2019 dengan Aktiviti

Terdapat banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dijadikan pilihan sewaktu cuti umum. Aktiviti-aktiviti ini dapat menyegarkan badan dan minda bagi mereka yang berkerjaya. Malah tidak terlalu awal untuk merancang Cuti Umum 2020. Persediaan awal ini akan memberi peluang kepada kita menganggar bajet, menyimpan cuti atau menyelidik lebih mendalam mengenai aktiviti yang sesuai.

Aktiviti Percutian Wajib Cuba

1. Melawat tempat-tempat menarik

Masa yang paling sesuai untuk menambah ilmu dan berehat sama sekali.

2. Melawat tempat atau bangunan bersejarah

Ada banyak tempat atau bangunan bersejarah berhampiran tempat tinggal kita yang belum kita lawati kerana terlepas pandang. Cuti umum ialah masa paling sesuai untuk tujuan ini. Jarak tidak jauh, kos pula selalunya murah. Ilmu pun akan bertambah! Antara saranan menarik untuk dicuba:

3. Memanfaatkan aktiviti anjuran pusat membeli-belah

Pusat membeli-belah selalu menganjurkan aktiviti bertemakan cuti umum terutama hari-hari perayaan kaum di Malaysia. Ini masanya untuk meluaskan pergaulan dan mengenali kaum lain dengan lebih dekat. Berikut contoh aktiviti yang pernah diadakan:

4. Menyertai aktiviti sukan dengan rakan atau keluarga

Sesekali apabila beriadah, ambil kira aspek kesihatan juga. Jadi, pilih aktiviti sukan yang dapat dilakukan secara beramai-ramai dengan gembira seperti maraton, mendaki tembok dan sebagainya. Laman di bawah menyediakan info tambahan:

5. Mencuba tempat makan yang lain daripada kebiasaan

Tiada salahnya melayan selera makan kita sekali-sekala, terutama apabila berpeluang menikmatinya dengan keluarga pada hari cuti umum. Banyak senarai tempat makan yang dicadangkan oleh rancangan televisyen dan juga para ‘foodie’ di luar sana. Apa lagi, jom cuba teroka senarai di bawah:

6. Merangsang intelek dengan melawat kedai atau jualan buku

Walaupun ada yang berkata orang Malaysia masih kurang membaca, hakikatnya ada beberapa kedai buku yang menjanjikan pengalaman menarik. Berikut senarai yang boleh mengujakan peminat buku:

7. Bersiar-siar di taman, akuarium atau zoo

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan flora dan fauna, mewujudkan kepelbagaian aktiviti yang tidak membosankan pada hari cuti umum. Kerajaan kini lebih prihatin dengan menyediakan tempat rekreasi kepada awam. Tidak rugi kalau rajin menyemak senarai berikut:

8. Bermalam di tanah tinggi yang sejuk dan segar

Sebagai negara beriklim Khatulistiwa, beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia menjadi kawasan pelancongan dan rekreasi menarik bagi yang ingin mencari ketenangan dan suhu yang lebih menyegarkan. Beberapa lokasi cadangan:

Jangan Lupa Tanda Kalendar!

Jom catatkan aktiviti menarik pilihan masing-masing ke dalam kalendar supaya tidak terlepas tarikh-tarikh cuti umum yang penting. Ini masa terbaik untuk memberi peluang kepada diri meneroka dan mengenali tarikan tempatan. Luasnya pengalaman pasti menambah keyakinan dalam kehidupan harian dan memberi idea segar apabila masuk ke pejabat nanti!

Beberapa Tip untuk Cuti Umum 2019

Sudah menjadi kebiasaan, pada setiap cuti umum pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman atau berkumpul bersama keluarga bagi menyambut perayaan atau melepaskan lelah daripada rutin bekerja.

Seringkali, cuti tambahan satu atau dua hari akan dipohon supaya mempunyai lebih masa untuk diri sendiri dan sanak-saudara.

Dan Jangan lupa…

Apabila memilih untuk bercuti di luar daerah atau negeri, pastikan kita:

  • Membuat tempahan pengangkutan dan hotel beberapa bulan lebih awal untuk mengelakkan kenaikan harga kerana permintaan tinggi semasa cuti umum.
  • Menyelesaikan kerja-kerja penting di pejabat terlebih dahulu selain mendelegasikan tugas dengan jelas kepada rakan sekerja yang akan menggantikan kita ketika sedang bercuti.
  • Menyediakan makanan haiwan peliharaan secukupnya atau mencari penjaga sementara agar kebajikan haiwan terpelihara. Ini sangat penting jika kita memiliki haiwan peliharaan yang perlukan penjagaan harian.
  • Memeriksa pelbagai aspek keselamatan kenderaan kerana jalan raya di negara kita akan mengalami kesesakan luar biasa menjelang perayaan besar. Kita tidak mahu tersadai kerana masalah kenderaan dalam kesesakan trafik.

Semoga cuti umum 2019 lebih bermakna untuk setiap rakyat Malaysia.