Kalendar Cuti Sekolah 2019 Malaysia

Kalendar yang penting dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang ialah kalendar cuti sekolah 2019 Malaysia. Kalendar ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun.

Apabila tarikh cuti sekolah diketahui lebih awal, pelbagai pihak tidak kira ibu bapa, pengurusan sekolah, penganjur program, atau murid-murid boleh menyusun jadual masing-masing dengan lebih baik dan teratur.

Terdapat empat kali cuti sekolah di Malaysia yang tarikhnya berbeza sedikit bergantung kepada kumpulan negeri.

Cuti Sekolah 2019 Malaysia

Negeri-negeri Kumpulan A

Sekolah-sekolah yang berada di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 1 selama 9 hari (22 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019)

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 selama 9 hari (22 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019)
  • Cuti Pertengahan Tahun selama 16 hari (24 Mei 2019 sehingga 8 Jun 2019)
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 selama 9 hari (9 Ogos 2019 sehingga 17 Ogos 2019)
  • Cuti Akhir Tahun selama 40 hari (22 November 2019 sehingga 31 Disember 2019)

Negeri-negeri Kumpulan B

Sekolah-sekolah yang berada di Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Selangor

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 selama 9 hari (23 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019)
  • Cuti Pertengahan Tahun selama 16 hari (25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019)
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 selama 9 hari (10 Ogos 2019 sehingga 18 Ogos 2019)
  • Cuti Akhir Tahun selama 39 hari (23 November 2019 sehingga 31 Disember 2019)

Sumber Pengumuman : moe.gov.my

Cadangan Aktiviti Menarik untuk Cuti Sekolah 2019

Apabila cuti sekolah bermula, waktu luang anak-anak di rumah akan bertambah panjang dan ini boleh menimbulkan kesukaran kepada ibu bapa terutamanya yang bekerja. Oleh itu, alternatif pengisian masa anak-anak semasa cuti sekolah perlu dirancang dengan sempurna dan teliti. Malah tidak terlalu awal untuk merancang bagi cuti sekolah 2019.

Musim cuti sekolah yang terancang dapat memberi peluang kepada anak-anak meluaskan pengalaman dan memperoleh pendedahan berfaedah di luar suasana persekolahan yang terhad. Jika ibu bapa merancang awal untuk cuti sekolah 2019, mengumpulkan kos percutian atau membuka tabung percutian sudah boleh dimulakan daripada sekarang. Anak-anak dapat diajar menabung untuk mencapai matlamat yang menyeronokkan namun berfaedah untuk diri mereka.

Perancangan Cuti Sekolah

Ibu bapa boleh membuat perancangan cuti sekolah berdasarkan beberapa faktor seperti:

  1. Belanjawan atau bajet cuti sekolah yang ada.
  2. Minat dan bakat yang ingin dikembangkan dalam diri anak-anak.
  3. Ingin menambah baik sifat kendiri dan memperbaiki kebolehan peribadi anak-anak.
  4. Bentuk aktiviti yang sesuai sama ada dalaman atau luaran, pendidikan atau hiburan.

Cadangan Aktiviti Cuti Sekolah 2019 Jimat Belanja

Sekiranya ibu bapa mahukan aktiviti menarik cuti sekolah yang percuma atau tidak memerlukan perbelanjaan besar, boleh membawa anak-anak ke perpustakaan negeri atau daerah yang melaksanakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah. Salah sebuah perpustakaan yang aktif dengan Program Cuti Sekolah (PCS) ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sudah tentu perpustakaan awam lain di seluruh negara juga mempunyai aktiviti musim cuti masing-masing yang tidak kalah hebatnya!

Cadangan Aktiviti Cuti Sekolah 2019 Didik Hibur (Edutainment)

Ibu bapa yang ingin mengembangkan bakat anak-anak juga mempunyai pilihan aktiviti cuti sekolah yang pelbagai. Trend terkini menunjukkan banyak aktiviti bercorak didik hibur (edutainment) untuk anak-anak. Bagi anak-anak yang cenderung ke arah seni, bengkel JomLukis tentu akan mengujakan. Malah JomLukis memberi peluang kepada pelajar mereka untuk mengadakan pameran lukisan yang boleh menjana pendapatan untuk anak-anak.

Cadangan Aktiviti Cuti Sekolah 2019 Mantapkan Diri Anak

Ibu bapa Muslim yang ingin memberi pendedahan keagamaan yang lebih mantap boleh menghantar anak-anak menyertai Program Geng Cuti Sekolah yang menawarkan antaranya modul solat, tahfiz, sukan dan sains. Bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa pula jangan berasa ketinggalan kerana pasti ada program yang sesuai untuk anak-anak ini – portal Kiddy123 untuk program cuti sekolah amat sesuai diikuti kerana menawarkan pilihan yang luas dan merentas aktiviti.

Cadangan Cuti Sekolah 2019 Aktiviti Luar dan Dalam

Cuti sekolah juga boleh dirancang berdasarkan bentuk aktiviti luar (outdoor) dan dalam (indoor). Sebagai sebuah negara Khatulistiwa yang kaya dengan sumber alam yang indah dan permai, sudah tentu aktiviti luar menawarkan kepelbagaian. Senarai di bawah membuktikannya. Tetapi aktiviti dalam juga tidak ketinggalan tarikannya.

Aktiviti Luar

Aktiviti Dalam

Sekiranya ibu bapa tidak sempat merancang percutian dengan aktiviti-aktiviti yang disarankan di atas, usah bersedih. Anak-anak boleh diajak pulang bercuti dengan datuk dan nenek di kampung masing-masing. Ini dapat mengeratkan persaudaraan dan pertalian kekeluargaan antara anak-anak dan ahli keluarga yang lebih besar!