Cara Membuat QR Code MySejahtera (Senang je)

Dalam post ini, kita akan bincangkan:

  • Apa itu Mysejahtera?
  • Cara untuk membuat QR code MySejahtera
  • Kenapa perlu ciptakan QR kod MySejahtera?
  • FAQ

Apa itu MySejahtera?

Sepertimana yang kita tahu pada masa sekarang ini dunia sedang dilanda dengan virus Covid-19.

Oleh itu, kerajaan telah laksanakan SOP (Standard Operating Proceduers) bagi seluruh rakyat Malaysia.

Ini juga termasuk dengan kewajipan untuk pendaftaran masuk ke dalam sesebuah premis dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Aplikasi ini berfungsi untuk membantu kerajaan Malaysia mengawal wabak Covid-19.

Cara untuk Membuat QR Code MySejahtera (Langkah-langkah)

Penerangan: Anda memerlukan talian Internet, nombor telefon atau e-mel yang rasmi

  1. Pertama sekali, klik sini untuk malayari laman web rasmi Mysejahtera. Kalau the link tidak berfungsi, anda juga boleh cari laman web rasmi di Google.com, taip MySejahtera dan pergi ke link yang ditunjuk ini:
MySejahtera

Anda akan lihat paparan seperti yang berikut:

Laman Web Rasmi MySejahtera

Setelah anda lihat paparan ini, anda harus pergi ke bahagian Perkhidmatan dan tekan MySejahtera Check-In. Jika anda tidak berapa faham dengan bahasa Melayu, anda mempunyai pilihan untuk menukar bahasa laman web ini ke dalam bahasa Inggeris.

Daftar MySejahtera

Ia akan membawa anda ke laman web ini. Laman web ini telah nyatakan bahawa MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain.Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai kriteria tersebut, anda digharuskan untuk membuat QR kod ini. Anak panah merah ini tunjukkan butang untuk membuat QR kod. Butang Login MySejahtera Check-In adalah untuk pengimbasan kod.

  • Setelah kamu tekan butang tersebut, kamu akan lihat paparan seperti ini:
Daftar MySejahtera Process

Anda dikehendaki mengisi nombor telefon anda di sini. Tujuannya adalah untuk melakukan proses pendaftaran.

Sila beri perhatian: Hanya satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan bagi satu nombor telefon.

Jika anda tidak ingin daftar dengan nombor telefon, anda diberi pilihan untuk mendaftar dengan menggunakan e-mel yang rasmi.

Ini adalah contoh jika anda daftar menggunakan e-mel:

Email dari MySejahtera

Anda diminta untuk membuka e-mel anda bagi tujuan pengesahan. Selepas itu anda perlu tekan link yang diberikan di dalam e-mel tersebut. Sebaik sahaja anda tekan link tersebut ia akan membawa anda ke paparan seperti berikut:

MySejahtera butiran syarikat

Di sini anda dapat lihat bahawa Username adalah alamat e-mel anda. Anda diminta untuk mengisi butiran tersebut dengan lengkap. Jika anda tidak faham apa yang perlu diisikan, post di bawah ini akan memberi keterangan kepada anda:

  • Business Name – Ini adalah nama syarikat, perniagaan atau servis anda.
  • Premise Category – Ini adalah kategori perniagaan anda. Adakah perniagaan anda berkaitan dengan penjagaan haiwan, hiburan, pengangkutan etc. Jika anda ingin membuat QR kod untuk rumah anda, tekan pilihan ‘Others’
  • Sub Category – Ini adalah kategori spesifik tentang perniagaan anda. Jika anda memilih pengangkutan (Transportation), ia akan memberi kategoti spesifik seperti jeti, e-hailing, bas, taxi dan lain-lain.
  • Contact Name – Di sini anda boleh isi nama anda atau nama yang perlu dikontak jika mempunyai sebarang kes.
  • Current Address – Anda diminita untuk mengisi alamat premis anda di sini.
  • Postcode – Ini adalah poskod daerah anda
  • State – Ini adalah nama negeri
  • District – Ini adalah nama daerah

Setelah anda mengisi kesemua butiran, anda perlu tekan butang ‘Submit’.

Sila beri perhatian: Anda perlu hafal Username bagi tujuan ‘Log In’

MySejahtera OTP verification

Di atas adalah contoh jika anda daftar menggunakan nombor telefon. Ia akan hantarkan beberapa nombor atau kod ke telefon anda. Anda diminta untuk isikan kod tersebut di ruang tersebut bagi tujuan pengesahan. Anda boleh dapati kod ini di bahagian mesej telefon anda. Ia akan hantarkan kod menggunkan SMS.

Jika anda tidak menerima kod setelah sekian lama, anda boleh tekan ‘Resend’ yang bermaksud penghantaran semula. Jika penghataran semula juga gagal berkemungkinan anda telah daftar dengan nombor telefon yang salah. Jangan risau, anda hanya perlu ke laman web MySejahtera semula dan tekan pendaftaran, kemudian isi semula nombor telefon anda dengan betul.

Setelah anda mengisi kod, ia akan membawa kamu ke paparan yang sama seperti pendaftaran e-mel. Anda diminta untuk mengisi kesemua butiran tersebut dengan lengkap.

  • Setelah anda isikan kesemua butiran tersebut. Anda akan dapat paparan seperti ini:
MySejahtera QR Code

Sekarang QR kod anda boleh digunakan. Anda boleh cetak QR kod ini dan tampal di premis anda.

Anda juga mempunyai pilihan untuk e-mel atau muat turun bagi kegunaan lain hari.

Tips : Jika QR kod anda hilang atau rosak. Anda boleh melayari semula laman web rasmi MySejahtera dan tekan pilihan Login MySejahtera Check-In dan isi username anda. Ini bermakna walaupun QR kod yang dicetak hilang atau rosak, QR kod di dalam laman web MySejahtera masih lagi disimpan dan boleh dicetak lagi.

Sebarang pertanyaan lain tentang penggunaan MySejahtera, anda boleh layari laman web rasmi MySejahtera.

Kebaikan belajar cara membuat QR code Mysejahtera

Selain kewajipan, aplikasi MySejahtera membolehkan pengguna untuk memantau tahap kesihatan mereka. Di dalam aplikasi tersebut, pengguna perlu menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan bahawa mereka adalah kontak rapat, bergejala atau tidak.

Tambahan lagi, MySejahtera juga membenarkan pengguna untuk memaparkan sijil penerimaan vaksin. Peniaga, pekerja atau majikan perlulah mempunyai status ‘telah divaksin’ sebelum membuka atau memulakan sesebuah perniagaan. Aplikasi ini juga memudahkan pengguna untuk mencari lokasi hospital atau klinik bagi pemeriksaan Covid-19.

FAQ

Kenapa perlu ciptakan QR kod MySejahtera?

Pada awal tahun 2021, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan bahawa kesemua premis dan perniagaan dikehendaki menggunakan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk. Ini juga diaplikasikan kesemua tempat kecuali tempat yang tidak mempunyai talian Internet.

Ini juga bermakna bahawa pendaftaran masuk menggunakan kaedah buku dan pen seperti menulis nama, nombor telefon ataupun tarikh pendaftaran masuk tidak lagi digunakan.

Oleh itu, kerajaan telah menambahkan bahawa penggunaan MySejahtera adalah wajib bagi kesemua premis dan perniagaan. Ini dapat memudahkan pihak yang berwajib untuk  menjejaki penyebaran virus tersebut. Ia juga memudahkan pihak tersebut untuk berhubung jika individu tersebut adalah kontak rapat atau positif Covid-19.

Apakah saya perlu buat kalau saya berniaga di Kawasan pendalaman yang tiada talian Internet?

Tetapi pengecualian diberikan kepada peniaga yang tidak mempunyai talian Internet seperti perniagaan di kawasan pendalaman.

Apakah akibat jika saya tidak membuat QR kod?

Peniaga yang tidak membuat QR kod ini akan dikenakan denda yang banyak kerana penciptaan QR kod di tempat kerja adalah wajib dan jika peniaga tidak menghiraukan atau membantah, mereka boleh disabitkan kesalahan.

Kesimpulan

Kita perlulah bekerjasama dalam membendung virus Covid-19 ini. Pihak kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk memudahkan pengurusan kita. Oleh itu, kita haruslah menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin dengan memudahkan pengurusan mereka.

Ikutilah SOP yang diberikan dan elakkan diri daripada 3C – crowded space (tempat yang ramai), confined space (tempat yang sempit), closed conversation (perbualan dekat).

Sama-sama kita jaga kita.

Anda mungkin juga suka: Cara membuat whatsapp link dengan percuma