Cara Membuat Link Whatsapp (Mudah dan Percuma)

Dalam post ini, kita akan bincangkan:

  • Apa itu link Whatsapp?
  • Jenis-jenis link Whatsapp
  • Cara mencipta link Whatsapp tanpa alatan
  • Di mana link Whatsapp digunakan?
  • Kelebihan link Whatsapp dalam strategi komunikasi

Apa itu link Whatsapp?

Secara ringkasnya, link WhatsApp ialah URL yang digunakan untuk membuka perbualan WhatsApp. Melalui kaedah klik pada link, perniagaan mahupun pelanggan tidak perlu menyimpan sebarang nombor sebelum menghantar mesej kepada kenalan yang tidak dikenali.

Ciri ini berfungsi di kedua-dua telefon bimbit dan laman web, anda boleh meletakkan link ini dalam imej atau merentasi pelbagai platform mengikut keperluan anda sendiri.

Jenis-jenis link Whatsapp

Terdapat 3 jenis link Whatsapp:

1. Pautan langsung (Direct Link)

Link biasa ‘klik untuk bual’ terdiri daripada dua bahagian iaitu pautan standard dan nombor telefon anda.

Pautan standard = https://wa.me/

Contohnya, jika nombor telefon kamu 14 6123 456 manakala kod negara adalah +60. Maka, pautan Whatsapp kamu akan menjadi seperti ini = https://wa.me/60146123456

cara membuat link whatsapp pautan langsung (direct link)

Tolong pastikan kamu tidak masukkan tanda-tanda seperti kurungan dan tanda sengkang dalam pautan kamu. Jika kamu termasukkan tanda-tanda tersebut, pautan kamu tidak akan berfungsi.

2. Pautan langsung dengan mesej yang telah diisi (Direct link with message)

Apabila kamu tekan pautan Whatsapp seperti ini, satu mesej akan muncul di ruangan teks. Seperti format di bawah:

https://wa.me/ ?text=<mesej yang ingin diletakkan>

Katakan nombor telefon yang sama ingin mesej yang telah diisi seperti mesej yang mengalu-alukan pelanggan seperti ‘Hello! Selamat Datang ke butik saya.’

Contoh: https://wa.me/60146123456?text=Hello!+Selamat+Datang+ke+butik+saya.

cara membuat link whatsapp pautan langsung dengan mesej yang telah diisi (direct link with message)

3. Pautan yang telah diisi sahaja (pre-filled link)

Pautan yang telah diisi ini boleh digunakan untuk menghantar mesej siaran. Selepas membuka pautan ini, kamu boleh memilih untuk menghatar mesej kepada sesiapa.

Contoh pautan = https://wa.me/?text=

Jika kamu ingin menghantar mesej ‘Terima kasih kerana membeli’. Tuliskan https://wa.me/?text=Terima+kasih+kerana+membeli. Pautan ini akan membawa kamu ke senarai telefon kamu. Kamu boleh hantarkan mesej yang unik ini kepada beberapa orang dalam senarai tersebut.

cara membuat link whatsapp pautan yang telah diisi sahaja (pre-filled link)

Cara mencipta link Whatsapp tanpa alatan

Kamu boleh mencipta terus link Whatsapp dari Whatsapp Business. Kamu hanya perlu pergi ke Settings > Business Tools > Short Link.

sumber

Kamu boleh menyalin pautan ini di halaman tersebut atau kamu boleh mengambil satu langkah lagi dengan menambah mesej tersuai. Format ini akan menjadi seperti ini = https://wa.me/ message/ kod unik anda.

Walau bagaimanapun, butang ini tidak boleh didapati di Whatsapp biasa. Jika kamu ingin membuat link di Whatsapp biasa, kamu boleh rujuk di Jenis-jenis link Whatsapp.

Di mana link Whatsapp digunakan?

1. Di Laman Web

Dengan menambahkan link Whatsapp di laman web kamu, ia boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan jumlah pelanggan anda. Daripada kamu membuat link yang biasa,  kamu boleh membuat link yang kreatif seperti ‘Hubungi Kami di Whatsapp’ atau ‘Sokongan 24 jam di Whatsapp’

Kamu hanya perlu menyalin (copy) link Whatsapp kamu dan letakkannya di laman web produk atau perkhidmatan kamu. Pastikan link Whatsapp kamu boleh dilihat dan diakses oleh pelanggan.

Ini dapat menarik perhatian pelanggan kamu untuk menekan link yang unik tersebut.

2. Di Laman Media Sosial

Hampir kesemua platform media sosial menggalakkan para peniaga atau usahawan untuk meletakkan alamat laman sesawang mereka. Mereka boleh meletakkan alamat itu di bahagian profil mereka. Jika pelanggan kamu lebih suka untuk mesej terus kepada peniaga daripada melayari laman web. Di sini, kamu boleh letakkan link kamu. Contohnya, ‘klik sini untuk mesej saya’. Ini dapat memudahkan pelanggan untuk berkomunikasi dengan kamu. Contoh-contoh laman media sosial yang kamu boleh gunakan ialah Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain. Contohnya seperti berikut:

Kamu dapat lihat bahawa peniaga ini meletakkan link mereka di bahagian profil. Ini memudahkan pelanggan untuk menekan link tersebut.

3. Di Siaran Media Sosial (Social Media Post)

Jika kamu ingin menarik pelanggan kamu ke Whatsapp kamu. Kamu mestilah ingat untuk masukkan link Whatsapp kamu dia setiap siaran (post) yang aktif. Contohnya, kamu boleh letakkanya di bahagian butiran atau ruang komen siaran tersebut. Kamu juga boleh letakkan link tersebut di Story atau CTA. Ini memudahkan pelanggan kamu untuk menghubungi kamu jika mereka berkenan dengan iklan produk atau servis kamu. Kamu boleh lihat perkembangan perniagaan kamu jika kamu menggunakan link ini.

Ini adalah contoh link di Instagram Story. Tetapi link di atas bukanlah link Whatsapp. Ini sebagai contoh sahaja.

4. Di Profil Google

Tidak dapat dinafikan bahawa Profil Perniagaan Google (Google Business Profile) yang lengkap dapat meningkatkan keterlihatan jenama kamu serta prestasi enjin pencarian produk kamu. Oleh itu, janganlah kamu abaikan penambahan link di profil syarikat kamu. Ini dapat menambah bilangan pelanggan untuk melayari syarikat kamu.  

Kelebihan link Whatsapp dalam strategi komunikasi

Penyepaduan WhatsApp ke dalam tapak web atau iklan kamu membolehkan kamu memanfaatkan semua faedah pemasaran perbualan (conversational marketing). Dengan kewujudan aplikasi pemesejan, peraturan dan kaedah komunikasi dalam talian telah berubah dengan ketara.

Penggunaan aplikasi Whatsapp sangatlah berguna kerana ia membolehkan bakal pelanggan mendapatkan butiran atau cerapan tentang sesuatu produk dan perkhidmatan dengan aplikasi permesejan ini.

Whatsapp adalah saluran yang menggalakkan pelanggan yang emosi atau pelanggan yang suka pembelian secara impuls (impuls buying) untuk membeli produk atau perkhidmatan kamu. Ini mungkin dapat mewujudkan hubungan kepercayaan antara kamu dengan pelanggan kamu. Jika kepercayaan wujud di antara kamu dengan pelanggan kamu, mereka mungkin akan membeli produk atau perkhidmatan kamu lagi.

Selain itu, Whatsapp berkeupayaan untuk menghantar video, rakaman suara atau foto, kamu boleh memperkayakan komunikasi dan menjadikannya lebih menarik  dengan kaedah bertukar idea, pendapat dan ulasan tentang produk dan perkhidmatan. Malah, pelanggan juga dapat memberi pendapat tentang pengendalian syarikat atau peniaga itu. Jika kamu melayan pelanggan kamu dengan baik, kemungkinan pelanggan itu akan menjadi pelanggan tetap kamu. Namun, jika pelayanan kamu teruk, berkemungkinan prestasi syarikat atau perniagaan kamu akan menurun.

Kesimpulan

Penggunaan link Whastapp link dapat memberi para peniaga banyak kelebihan. Mereka dapat menjana perniagaan mereka dengan lebih cepat dan mudah. Para pelanggan juga akan berasa senang hati jika mereka mempunyai soalan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh itu, dengan wujudnya link Whatsapp ini, komunikasi antara pelanggan dan peniaga bertambah lebih baik daripada sebelum ini.

Ini kerana, para pelanggan tidak perlu lagi mengisi boring atau menulis e-mel jika mereka mempunyai soalan tentang produk atau perkhidmatan. Mereka hanya perlu klik link ini sekali dan ia membolehkan mereka bercakap dengan peniaga itu sendiri. Semuanya berada di hujung jari.

Anda mungkin juga suka: Cara Kira BMI