Cuti Sekolah 2018

Contents

[Pengumuman: Tekan sini untuk post terbaru >> Cuti sekolah 2019]

Cuti sekolah 2018 ialah masa yang ditunggu-tunggu setiap ahli keluarga, terutama anak-anak. Setelah sibuk dengan persekolahan yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga, ibu bapa selalu mengambil peluang menghiburkan hati anak-anak sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan bercuti bersama-sama.

Menurut pengumuman MOE, cuti persekolahan pada tahun ini jatuh pada tarikh-tarikh seperti di bawah, bergantung kepada negeri masing-masing.

Jadual Cuti Sekolah 2018

Kumpulan A: Negeri Terengganu, Kelantan, Johor, dan Kedah:

Cuti SekolahMulaAkhir
Cuti Pertengahan Penggal 1 16 Mac 2018 (Jumaat)24 Mac 2018 (Sabtu)
Cuti Pertengahan Tahun8 Jun 2018 (Jumaat)23 Jun 2018 (Sabtu)
Cuti Pertengahan Penggal 2 17 Ogos 2018 (Jumaat)25 Ogos 2018 (Sabtu)
Cuti Akhir Tahun23 Nov 2018 (Jumaat)31 Dis 2018 (Isnin)

Kumpulan B: Negeri Pulau Pinang, Labuan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Pahang, Perak, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak:

Cuti SekolahMulaAkhir
Cuti Pertengahan Penggal 1 17 Mac 2018 (Sabtu)25 Mac 2018 (Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun9 Jun 2018 (Sabtu)24 Jun 2018 (Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 2 18 Ogos 2018 (Sabtu)26 Ogos 2018 (Ahad)
Cuti Akhir Tahun24 Nov 2018 (Sabtu)31 Dis 2018 (Isnin)

Cuti Pertengahan Penggal 1

Di negeri-negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), Cuti Pertengahan Penggal 1 berlangsung daripada 16 hingga 24 Mac 2018.

Manakala di negeri-negeri Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Selangor) cuti yang sama jatuh pada 17 hingga 25 Mac 2018.

Cuti Pertengahan Tahun

Cuti seterusnya ialah Cuti Pertengahan Tahun pada 8 hingga 23 Jun 2018 untuk Kumpulan A. Bagi Kumpulan B, cutinya adalah pada 9 hingga 24 Jun 2018.

Cuti ini lebih panjang daripada Cuti Pertengahan Penggal dan sentiasa menjadi pilihan ibu bapa untuk melancong, termasuk ke luar negara.

Bagi mereka yang masih memiliki keluarga dan saudara-mara di kampung halaman, percutian balik kampung juga kerap menjadi agenda cuti sekolah.

Cuti Pertengahan Penggal 2

Selepas bercuti pada bulan Mac dan Jun, keluarga yang memiliki anak-anak yang masih bersekolah juga mengambil kesempatan berehat bersama-sama pada bulan Ogos.

Cuti Pertengahan Penggal 2 bermula pada 17 Ogos dan berakhir pada 25 Ogos 2018 bagi Kumpulan A dan berbeza sehari bagi Kumpulan B iaitu pada 18 hingga 26 Ogos 2018.

Cuti Akhir Tahun

Cuti terpanjang dalam musim persekolahan tentu sekali Cuti Akhir Tahun. Biasanya ia mengambil masa lebih satu bulan.

Pada tahun 2018, ia jatuh pada 23 November sehingga 31 Disember bagi Kumpulan A dan 24 November sehingga 31 Disember bagi Kumpulan B.

Masa cuti ini memberi peluang kepada anak-anak kembali mengumpul semangat untuk kembali belajar pada sesi persekolahan baharu.

Ibu bapa meraikan cuti sekolah melalui pelbagai aktiviti menarik dengan anak-anak. Aktiviti-aktiviti ini diceritakan dengan lebih lanjut di bawah.

Program Bertema Pendidikan dan Kemahiran pada Musim Cuti Sekolah

Banyak program bertema pendidikan dan kemahiran muncul untuk memenuhi kehendak ibu bapa pada musim cuti sekolah.

Antara program, bengkel atau kem yang mendapat sambutan adalah program menghafal Al-Qur’an, kem sains, kem bina diri, bengkel pengucapan awam, kem penulisan, bengkel robotik, dan lain-lain lagi.

Sebahagian ibu bapa sanggup membawa anak-anak ke program sebegini sambil melancong ke negeri lain serta menyewa hotel semata-mata untuk memberi pengalaman dan ilmu baru kepada anak-anak.

Lawatan ke Tempat-tempat Menarik di Malaysia

Banyak tempat menarik di Malaysia yang menjadi pilihan ibu bapa pada musim cuti sekolah.

Oleh sebab Malaysia mempunyai kelainan budaya di antara Pantai Timur dan Pantai Barat, serta di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Borneo atau Sabah/Sarawak), ia menggalakkan pelancongan keluarga ke negeri-negeri berbeza di Malaysia. Sentiasa ada perkara baharu dapat dipelajari dan dinikmati melalui aktiviti ini.

Pulau, Pantai, Hutan dan Gua

Antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Malaysia adalah pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

Pantai-pantai indah pula boleh dilawati di Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka, Johor dan Pulau Pinang seperti pantai Batu Feringgi, Tanjung Bungah, Cherating, Mersing, Cahaya Bulan dan banyak lagi.

Tawaran ekopelancongan yang lain tidak kurang menarik kerana Malaysia memiliki ciri ekologi yang penuh misteri dengan flora faunanya yang istimewa.

Para pelancong boleh menakluki hutan, gunung dan sungai di Taman Negara, merentas trek hutan di Bukit Fraser, Lembah Danum atau Pulau Jerejak, menikmati kehidupan nelayan di Kuala Gula, menjelajah gua di Taman Negara Niah, atau mendaki gunung-gunung seperti Gunung Panti atau Gunung Kinabalu.

Megaresort atau Taman Tema

Malaysia juga terkenal dengan pusat peranginan terancang atau megaresort seperti Genting Highland. Beberapa taman tema seperti i-City Shah Alam dan Sunway Lagoon juga menawarkan aktiviti menarik pada musim cuti sekolah.